TUMPAT, 5 Ogos (Hrkh) - Seramai 45 peserta ekspedisi kerajaan Kelantan ke pelantar minyak Cakrawala di Laut China Selatan selamat kembali petang ini selepas bertolak ke kawasan berkenaan pagi semalam. Iklan
Mereka terdiri daripada wartawan, jurugambar, bloger dan pemimpin masyarakat tiba kira-kira jam 3.20 di jeti Pengkalan Kubur hari ini.
Manakala rombongan anggota Exco, Dato' Husam Musa pula tiba di pangkalan Tok Bali jam 11 malam tadi. Rombongan itu disertai 20 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat.
Kepulangan dua bot milik nelayan itu disambut Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Husam.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman.
Biar pun mereka nampak kepenatan, namun wajah setiap peserta ekspedisi kelihatan ceria apabila melihat Menteri Besar menyambut kepulangan mereka di jeti.
Kumpulan dua bot itu berlepas kira-kira jam 10.05 pagi semalam di jeti Pengkalan Kubur.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa syukur kerana rombongan selamat pulang setelah mengikuti perjalanan ekspedisi itu selama dua hari.
"Ekspedisi ini misi rakyat dan mereka amat prihatin bagi mempertahankan hak mereka.
"Rakyat Kelantan sentiasa sedar terhadap tanggungjawab menjaga hak dan harta yang dikurniakan Allah, di samping menjaga maruah," katanya.
Beliau berkata, biar pun perkara itu cuba dinafikan pihak lain rakyat Kelantan tetap yakin ia menjadi hak mereka. - mj _
Sijil Herbalis HPA ( EXPRESS )
12 years ago
No comments:
Post a Comment