Monday, August 31, 2009

Biodata Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah dilahirkan di Kelantan pada tahun 1931. Beliau memulakan pendidikan dalam Bahasa Melayu dan Arab. Selepas menamatkan pendidikan menengah, beliau menyambungkan pelajaran di Deoband (Darul Ulum), India dan memperolehi Master Degree in Arts (M.A) dalam Perundangan Islam dan Kehakiman dari Universiti al-Azhar di Kaherah.

Sebelum menceburkan diri dalam bidang politik secara sepenuh masa, beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru agama di Ma'ahad Muhammadi, Kota Bharu dan juga sebagai pendakwah bebas. Beliau menjadi aktif dalam politik pada tahun 1967, dan dalam Pilihanraya Umum semenjak tahun 1969, beliau telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan Semut Api. Beliau retained kerusi tersebut pada 1990, dan bila Pas menawan Kelantan, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 23 Oktober 1990.

Beliau adalah Pengerusi dan Pesuruhjaya PAS negeri bagi Dewan Ulama' PAS Kebangsaan hingga 1995, dan sekarang beliau adalah Penasihat Umum (Mursyidul Am) PAS. Seorang yang sederhana, beliau lebih dikenali di kalangan penduduk kampung dan bandar sebagai "Tuan Guru" dan beliau tidak pernah berhenti memberikan Khutbah Jumaat serta ceramah-ceramah dari 1969 hingga 1978, dan semenjak 1990 hingga sekarang.

Tuan Guru telah berkahwin dengan Datin Hajjah Tuan Sabariah binti Tuan Ishak dan mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima orang lelaki dan lima orang perempuan.
Beliau menghadiri perhimpunan Majlis Raja-raja sebagai Menteri Besar menemani Al-Sultan Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin